Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah Pertama Tahun 2021.

 

Pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas buatkan ramai pembeli rumah pertama menarik nafas lega. Selain bermacam-macam promosi oleh pemaju dan juga kadar faedah yang rendah, ada satu lagi berita baik yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan kita semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang lepas. Perkara ini tertumpu kepada hal pemilikan rumah pertama. Berita gembira tersebut adalah pengecualian Duti Setem bagi pembelian rumah pertama.

 

Pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas 2 perkara:

  • Surat cara pindah milik (Memorandum of Transfer atau MOT), dan
  • Perjanjian pinjaman (Loan Agreement).

 

Dua perkara ini tertakluk kepada rumah kediaman pertama yang bernilai sehingga RM500,000. Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan untuk tempoh mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025. Anda boleh dapatkan pengecualian penuh untuk duti setem untuk 2 instrumen ini. Dengan syarat, hartanah yang anda beli bernilai bawah RM500,000.

 

Pengecualian Duti Setem bagi Pembelian Rumah Pertama

Apa impak pengecualian Duti Setem ini kepada pembelian rumah pertama? 

Meh saya kongsikan satu contoh situasi supaya anda mudah faham. Katakan, anda dah target nak beli satu hartanah ni yang bernilai RM400,000 di Selangor. Cukai duti setem ada beberapa peringkat yang ditetapkan. Setiap peringkat tu, ada peratusan yang tersendiri.

 

Berikut adalah peringkat peratusan duti setem yang terkini:

  • 1% untuk RM100,000 pertama,
  • 2% untuk RM100,001 sehingga RM500,000,
  • 3% untuk RM500,001 sehingga RM 1 juta,
  • 4% untuk RM 1 juta atau lebih.

Kita ambil contoh kes yang saya kongsikan dekat atas tadi (harga rumah RM400,000) dan buat kira-kira:

  • 1% dari RM100,000 pertama = RM1,000,
  • 2% dari RM300,000 = RM6,000.

Jadi, total anda perlu bayar untuk kos duti setem adalah RM7,000. 

 

Pengecualian Duti Setem bagi Pembelian Rumah Pertama

Ini cara kira kos duti setem untuk perjanjian pinjaman

Untuk perjanjian pinjaman, kadar duti setem adalah tetap pada 0.5% dan dikira mengikut keseluruhan jumlah pinjaman yang anda dapat. Kita guna contoh asal sebelum ni. Katakan, anda dapat pinjaman 90% daripada bank untuk rumah harga RM400,000 tadi. Anda akan dapat pinjaman sebanyak RM360,000.

 

Daripada jumlah pinjaman ini, kiraan kos duti setem untuk perjanjian pinjaman adalah seperti berikut:

  • 0.5% X RM360,000 =
  • RM1,800

 

Untuk rumah RM400,000, ini jumlah keseluruhan kos duti setem yang anda kena bayar:

  • RM1,000 + RM6,000 + RM1,800 =
  • RM8,800

 

Banyak ke? Kalau tanya saya, macam-macam boleh buat dengan duit banyak tu. Lebih-lebih lagi waktu PKP ni. Tapi dengan pengecualian duti setem yang diumumkan pada Belanjawan 2021, anda tak perlu risau tentang kos ini lagi. Bermakna, anda akan jimat sebanyak RM8,800 untuk kos duti setem bila membeli rumah pertama.

 

Syarat kelayakan untuk pengecualian duti setem
1) Pembelian rumah berstatus kediaman (landed, condo, flat, apartment) sahaja.
2) Warganegara Malaysia.
3) Pembelian rumah pertama (pembeli yang pernah memiliki rumah melalui hadiah/pewarisan harta tidak layak).

 

Klik sini jika ingin tahu cara kira kelayakan loan rumah

Baca juga Cara Jual Rumah tanpa Guna Agen

Jom tengok pakej diskaun dan rebat menarik Astana Residence Putrajaya

 

Ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan jual beli hartanah secara PERCUMA? Sila hubungi kami.

 

Nas Rubaee

Team Manager

Landsworth Properties

016-3621515