Syarat Rumah Kos Rendah Selangor

 

RUMAH KOS RENDAH (RKR) / RUMAH AWAM KOS RENDAH (PAKR) / RUMAH SELANGOR JENIS A / KOS SEDERHANA RENDAH

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Selangor.
  2. Tempoh  pemilikan hartanah mestilah mencukupi 5 tahun daripada tarikh perjanjian jual beli / kontrak lelongan sebelum boleh dijual semula (sub-sale).
  3. Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) di tetapkan berdasarkan harga julat pasaran hartanah seperti di jadual di bawah
Bil Julat Harga Pasaran Had Pendapatan Isi Rumah di benarkan
1. RM 100,000.00 dan ke bawah RM 5,000.00
2. RM 100,001.00 – RM 250,000.00 RM 7,000.00
3. RM 250,001.00 – RM 300,000.00 RM 9,000.00
4. RM 300,001.00 dan ke atas RM 10,000.00
  1. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) tidak memiliki sebarang rumah di Negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang.
  2. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) hendaklah menetap atau bekerja dalam Negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang.
  3. Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang/rela hati tanpa paksaan yang tiada hubungan kekeluargaan dan belian/pemilikan secara lelongan dari tarikh memeterai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat-syarat tempoh 5 tahun. Selain daripada kes di atas seperti pesaka dan perintah mahmakah ti dak tertakluk kepada syarat-syarat keberan pindah milik. Walau bagaimanapun, penerima masih perlu berdaftar dengan LPHS mengikut prosedur permohonan kebenaran pindah milik.

 

*Boleh juga baca info berkenaan Cara Kira Kelayakan Loan Rumah

*Boleh juga baca info berkenaan Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah Pertama

*Boleh juga baca info berkenaan Step to Buy House In Malaysia